Jumaat, 10 Januari 2020

9/10 REZEKI PERNIAGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog saya.

Kali ini saya berhajat untuk kongsikan kepada anda satu keluaran Ebook yang ditulis oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Beliau adalah Irfan Khairi. Mungkin ada di antara anda yang telah mengenali beliau dan mungkin juga ada yang tak pernah mengenali beliau. Tak apa, anda boleh Google search nama "Irfan Khairi" untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah, beliau telah menerbitkan Ebook yang terbaru bertajuk "9/10 Rezeki perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur"

Tidak kira dimana pun tahap perniagaan anda kini(atau belum lagi memulakan perniagaan), anda pastinya mahu membawa perniagaan/bakal perniagaan anda ke tahap yang seterusnya dalam masa beberapa bulan ini, dan tahun-tahun yang akan datang. Dalam buku "9/10: dari SOLOPRENEUR ke ENTREPRENEUR menjadi GLOBALPRENEUR", terkandung berpuluh-puluh strategi lagi bagaimana caranya memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan dan membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi pada modal yang minima.

Sila klik link berikut untuk maklumat lebih lanjut... 

Khamis, 29 Oktober 2009

LINEN




Pure linen is a plain-weave fabric that is available in a variety weights. Linen also known as an elegant, beautiful, durable also the refined luxury fabric. Linen is a strongest of the vegetables fibers and has 2 to 3 times the strength of cotton. Linen has been used for table coverings, bed coverings and clothing for centuries. It is used for many types of embroidery, but it creases easily. So, its should be treated with care and wash the linen to shrink it before you start to embroider.


Isnin, 26 Oktober 2009

Mulakan sekarang!!

















Bukan saya minta anda lakukan sulaman riben anda sekarang. Tapi, saya ingin mengajak anda yang mungkin telah lama atau mungkin baru saja bermula meminati bidang sulaman riben ini untuk kembali kepada asas pengetahuan dalam dunia sulaman riben. Ilmu amat penting dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan. Ambil masa anda untuk melakukan pembacaan, perkongsian maklumat dengan jaringan(network) dikalangan peminat sulaman riben ini.

Bagi saya, antara perkara asas yang perlu anda ketahui selain penyediaan peralatannya adalah jenis fabrik yang sesuai untuk sulaman riben ini. Walaupun sulaman riben ini nampak mudah tetapi jika anda silap memilih fabrik yang digunakan, mungkin ianya akan menjadi suatu yang sukar untuk anda. Lebih penting lagi jika anda melakukan sulaman riben ini dengan tujuan sebagai sumber pendapatan atau sebagai pendapatan sampingan.

Jadi, jika anda inginkan kepuasan bagi pihak anda dan lebih-lebih lagi bagi pelanggan anda, jangan silap memilih jenis fabrik yang digunakan. Situasi menang-menang ini penting kerana ini adalah antara cara bagaimana anda dapat mencapai matlamat untuk melipatgandakan keuntungan anda dalam dunia perniagaan sulaman riben ini.